Peristiwa Nabi s.a.w disihir, telah diceritakan dalam sebuah hadith iaitu;
Daripada Saydatina ‘Aishah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah terkena sihir sehingga seolah-olah melihat baginda sedang mendatangi wanita sedangkan tidak. Sufiyan berkata: “Inilah kekuatan yang ada pada sihir apabila ia terjadi demikian”. Maka sabda Nabi s.a.w: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah s.w.t telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”. Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labib bin al-A‘sam seorang lelaki dari Bani Zuraiq, bomoh kaum Yahudi dan beliau adalah seorang munafik”. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam satu lubang yang yang kelihatan di dalam bawah air keruh telaga Dharwan”. ‘Aishah berkata: “Nabi s.a.w menyuruh seorang sahabat pergi ke telaga tersebut untuk meninjau (keadaan telaga itu)”. (Setelah kembali) sahabat itu berkata: “Telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepada Syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dibakar sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditanam bahan-bahan sihir itu.
(Hadith riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab Adakah Perlu Dikeluarkan Sihir, hadith 5323], j.18, hlm.5)
Istifadah Hadith:
mindahati :-)
(Hadith riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab Adakah Perlu Dikeluarkan Sihir, hadith 5323], j.18, hlm.5)
Istifadah Hadith:
- Nabi s.a.w juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada terkena buatan manusia yang lain.
- Orang yang menyihir Nabi s.a.w adalah Labib bin al-A‘sam seorang lelaki dari Bani Zuraiq,iaitu bomoh dari kalangan kaum Yahudi.
- Nabi s.a.w telah disihir melalui penggunaan sikat dan rambut banginda s.a.w yang telah dijampi dan dimanterakan oleh bomoh Yahudi tersebut lalu diletakkan dalam sebuah perigi Dharwan di Madinah.
- Apabila Nabi s.a.w terkena sihir tersebut,kesannya sehingga baginda menjadi seolah-olah lupa yang baginda telah melakukan sesuatu perkara, iaitu antara sedar dengan tidak.
- Namun, kelupaannya tersebut hanya pada soal urusan kehidupan dan perbuatan di dunia sahaja. Tetapi baginda tidak lupa dengan syariat yang sedang dibawa sebagai utusan Allah s.w.t.
mindahati :-)
1 comment:
owh,smart blog hang!
Post a Comment