Sambungan 2….
2. Benarkan bulan Ramadan kali ini betul-betul kita manfaatkannya?
Bila disebutkan sahaja bulan Ramadan, terngiang-ngiang di teliga bahawa Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan rahmat, bulan amal ibadat dan bermacam-macam lagi sandaran yang diberikan sebagai menggambarkan kelebihan yang ada dalam bulan ini. Apa yang penulis fikirkan, adalah segala kelebihan yang ada pada bulan ini berbanding dengan baki 11 bulan yang lain, dimanfaatkan dengan sebenar-benarnya?
2. Benarkan bulan Ramadan kali ini betul-betul kita manfaatkannya?
Bila disebutkan sahaja bulan Ramadan, terngiang-ngiang di teliga bahawa Ramadan adalah bulan keberkatan, bulan rahmat, bulan amal ibadat dan bermacam-macam lagi sandaran yang diberikan sebagai menggambarkan kelebihan yang ada dalam bulan ini. Apa yang penulis fikirkan, adalah segala kelebihan yang ada pada bulan ini berbanding dengan baki 11 bulan yang lain, dimanfaatkan dengan sebenar-benarnya?
Sebelas bulan, nafsu mendapat bimbingan daripada “sang guru” yang tidak diundang. Ajarannya sedaya upaya cuba memesongkan akidah, membanyangkan keseronokan sementara, cintakan dunia, mensia-siakan waktu, melalaikan amal dan pekerjaan ke akhirat yang secara tidak langsung mendidik nafsu secara halus terbiasa dengan keadaan tersebut walaupun tidak kepada penukaran akidah tetapi sekadar memberikan kelalaian yang senantiasa dan berterusan. Ini menyebabkan masa terus berlalu tanpa sebarang bekalan yang dibuat. Kosong, kosong dan terus kosong, asalkan seronok dan seronok.
Oleh yang demikian, walapun secara jelas di dalam hadith Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para Syaitan dibelenggu pada bulan ini, namun kita harus sedar bahawa nafsu kita telah terdidik selama baki bulan yang lain. Dengan itu, tidak hairanlah apabila di bulan mulia ini banyak kejahatan dan maksiat yang dilakukan. Keadaan ini menunjukkan bahawa “tarbiyah daripada guru yang tidak diundang” itu benar-benar telah berjaya walaupun tanpa bimbingannya sendiri.
Justeru itu, bersegeralah kita kepada taubat agar diampunkan segala dosa-dosa kita dan terhindar daripada menjadi anak murid kepada guru yang tidak diundang itu. Sepertimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar”, (al-Tahrim: 6).
Firman Allah lagi: “Orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengentahui” (Ali Imran: 135).
Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya merugikan orang yang memperoleh kesempatan merasakan bulan Ramadan akan tetapi tidak diampuni dosanya”. (Riwayat al-Tirmizi).
3. Gandakan Amalan pada bulan ini.
Di atas kesempatan Ramadan kali ini bersegeralah kita kepada kebaikan dan kebajikan. Peluang yang diberikan tersebut, perlulah digunakan sepenuhnya. Usah mensia-siakan bulan ini pergi tanpa sedikit keuntungan darinya. Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan seperti;
- Jadikan solat berjamaah sebagai rutin tetap dalam bulan ini khususnya terhadap solat fardu, lima waktu sehari.
- Hidupkan al-Quran dengan membaca dan menelaahnya setiap hari. Sekurang-kurang boleh khatam satu atau dua kali dalam bulan ini.
- Gunakan peluang yang sedikit ini untuk menambahkan ilmu yang memberi manfaat. Selalu mengikuti kuliah-kuliah ilmu, ataupun tazkirah yang dianjurkan atau dengan membaca buku-buku agar minda terjana dengan ilmu dan amalan bertepatan dengan ilmu yang dipelajari.
- Ambillah daripada kesempatan rezeki yang Allah kurniakan untuk disedekahkan kepada yang memerlukan. Hulurkan bantuan agar mereka yang memerlukan tersebut juga terpanggil untuk sama-sama beribadat seperti kita daripada merisaukan mereka hanya kepada dunia semata-mata mahu meneruskan kehidupan mereka.
- Lapangkan sedikit daripada masa yang dikurniakan Allah untuk kita memikirkan sejenak penciptaanNya dan yakinlah bahawa setiap yang diciptakan bukanlah sesautu yang sia-sia. Sekurang-kurangnya daripada renungan itu, akan menginsafkan kita bahawa sungguh kerdil diri kita ini dan seharusnya juga bertanya layakkah kita bergelar hambaNya.
Akhir segala, di atas kesempatan yang sedikit ini, penulis menyeru diri penulis sendiri dan sahabat-sahabat seakidah sekalian, marilah kita penuhi kesempatan yang dikurniakan Allah pada Ramadan kali ini untuk kita penuhi dengan amalan dan kebajikan yang seberapa banyak yang kita mampun. Semoga, keampunan menjadi milik kita setelah berakhirnya Ramadan seperti bayi kecil yang baru dilahirkan. Suci dan bersih daripada segala dosa.
“Ramadan, Kehadiranmu Ku Nantikan, Pemergianmu Ku Tangisi, ku harap tahun hadapan dipertemukan lagi walau ku tak pasti adakah lagi kesempatan ini”….
Al-fakir ila Allah..
mindasuci :-)
No comments:
Post a Comment